Cara Menghilangkan Jerawat
Assalamualaikum w.b.t....
Assalamualaikum w.b.t....
Dalam blog ini,
saya akan kongsikan pengalaman saya tentang masalah jerawat. Tidak dinafikan
lagi penampilan yang menarik menjadi idaman semua orang termasuklah memiliki
kulit wajah yang berseri-seri, di mana bebas dari segala jerawat. Memang
tidak terkata apabila jerawat menyebabkan saya kurang berkeyakinan apabila
berhadapan dengan orang ramai. Pelbagai produk yang digunakan saya juga tidak
menunjukkan kesan yang positif. Kalau nak kata pasal duit, memang banyaklah
wang yang saya laburkan untuk membeli produk kecantikan termasuklah berjumpa
dengan pakar kulit. Namun, hasilnya tetap sama.
Kini, kulit saya
bebas dari jerawat degil. Walaupun masih ada, tetapi tidak sebanyak dahulu dan kini
jerawat mudah untuk hilang. Saya telah menggunakan beberapa produk yang kini memberi
kesan positif kepada diri saya. Produk ini merupakan saranan daripada salah seorang
pekerja di farmasi yang saya pergi. Saya telah diberi ubat makan dan gel untuk
jerawat, iaitu Bitreen Neem Tablets dan
Gel Tidact. Anda boleh dapatkan produk ini di farmasi.
Fungsi produk ini sangat baik kerana ia membantu dalam mengatasi masalah jerawat dan alahan. Selain itu, ia berfungsi membersih sistem dalaman kita. Harga pun berpatutan, iaitu hanya RM3 @ RM4.
Fungsi produk ini pula ialah mencegah pertumbuhan bakteria pada kulit muka. Ia hanya disapu pada bahagian jerawat. Harga saya tak ingat. Rasanya tak sampai RM20.
Alhamdulillah selama saya menggunakan produk ini, kulit saya semakin baik. Yang penting kurangkan makanan yang berminyak dan minumlah air masak secukupnya. Harap-harap apa yang dikongsikan ini bermanfaat kepada anda yang memerlukannya. Semoga Allah memberi kesihatan dan kecantikan kepada anda semua, Amin !!!!


Ulasan
Catat Ulasan